Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Lamanya saya tak update apa apa kat blog ni. Hidup dah berumah tangga ni dia punya malas lain macam. Ingatkan dah kahwin rajinlah nak update blog, tapi rupanya ke laut juga. Hahaha. Buka blog untuk clearkan spam je. Pagi ni baru ada masa nak update. Sebab bila buka tadi rasa macam dah lama sangat tak update.
Apa yang terkini?
1- Dalam proses berhenti merokok.
Alhamdulillah selepas beralih ke rokok elektronik ni, saya dah boleh tak hisap rokok busuk ni. Hahaha. Dulu busuk juga, tapi tetap juga sedut. Apa pun cuba untuk ke arah yang lebih sihat. Demi keluarga dan bakal anak anak anak anak anak anak. Hihi.
2- Kandungan isteriku semakin sihat
Alhamdulillah kandungan isteri saya semakin hari semakin sihat. Isteri saya pun okay takdelah asyik nak muntah je. Tapi apa yang saya tahu dia asyik nak makan je. Pantang tengok apa apa mesti nak makan. Jadi kita layankan jelah. Haha. Yang penting dia dan bakal anak saya sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Amin.
3- Tahniah sepupuku
Alhamdulillah juga sepupu saya dah selamat diijabkabulkan. Jauh pergi mengantar. Sampai ke Kuantan. Sempat jugalah pusing pusing Kuantan masa tu. Dah lama tak pergi sana. Dulu dekat berapa tahun duduk sana sebagai pelajar. Apa pun tahniah diucapkan dan semoga berbahagia ke akhir hayat. Welcome o the club. Hahaha.
Okay, sampai sini sahaja #postpantas saya. Moga ketemu di #postpantas yang lain. Itupun kalau saya rajin. Hahaha. Apa juga saya doakan semua pembaca blog ini dirahmati Allah. Amin.
Bye!